Trump akan 'usahakan sesuatu dengan Korea Selatan' susuli ancaman tarif
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyampaikan ucapan mengenai tenaga dan ekonomi di Clive, Iowa pada 27 Jan 2026. (Gambar: Reuters/Kevin Lamarque)
"Kami akan mencari penyelesaian bersama Korea Selatan," kata Encik Trump kepada wartawan sedang beliau meninggalkan Rumah Putih untuk memberi ucapan di Iowa.
Beliau tidak memberikan perincian lanjut.
Ketua perunding perdagangan Trump, Jamieson Greer berkata dalam wawancara di program Kudlow kendalian Fox Business Network bahawa beliau sudah pun bercakap dengan pegawai Korea Selatan pada awal Selasa dan akan bertemu dengan pegawai perdagangan mereka di Washington pada lewat minggu ini.
"Saya rasa mereka menerima mesejnya," kata Wakil Perdagangan Amerika Syarikat Jamieson Greer.
"Mereka tidak mempunyai apa-apa secara khususnya terhadap Korea. Mereka adalah negara sekutu. Tetapi apabila ia mengenai sudut ekonomi kesemua ini, ia perlu seimbang."
Encik Greer berkata defisit perdagangan Amerika Syarikat dengan Korea Selatan melonjak kepada AS$65 bilion (S$82 bilion) semasa tempoh pentadbiran Encik Biden sebelum ini dan ia "tidak mampan dan perlu diubah".
Dalam satu catatan media sosial pada Isnin, Encik Trump berkata beliau menaikkan duti Amerika Syarikat terhadap import barangan auto dan barangan lain dari Korea Selatan kerana parlimen sekutu negara Asia itu tidak memenuhi perjanjian yang dicapai dengan presidennya pada tahun lalu.
Khabar itu mengejutkan para pegawai di Seoul, yang berkata mereka tidak menjangkakannya dan kini bergegas mencari respons terhadap apa yang mungkin satu tamparan kepada negara yang sangat bergantung pada eksport.
Encik Greer memberitahu Fox Business bahawa Amerika Syarikat mengurangkan kadar tarif terhadap barangan Korea Selatan kepada 15 peratus daripada kadar 25 peratus yang sebelum ini dirancang, sebagai ganti bagi ikrar Seoul untuk melabur AS$350 bilion (S$441.5 bilion) dalam Amerika Syarikat, dan menghapuskan beberapa sekatan bukan tarif terhadap pertanian.
"Namun, sementara itu, mereka belum lagi dapat meluluskan rang undang-undang untuk melakukan pelaburan itu," kata Encik Greer, sambil menambah Seoul gagal memenuhi komitmennya berhubung pertanian dan industri tersebut.
"Dan ia juga sukar untuk terus mempertahankan tawaran kita memandangkan mereka tidak bergerak ke hadapan dengan cukup pantas," katanya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.