Trump akan laksana tarif sebagai tindak balas terhadap cukai digital

Presiden Trump menggunakan tarif sebagai cara untuk meningkatkan pendapatan, memperbaiki ketidakseimbangan perdagangan dan menekan negara-negara untuk tunduk kepada permintaan negaranya. (Gambar: AFP)
Seorang pegawai Rumah Putih, yang memberikan butiran tentang perintah itu berkata bahawa Encik Trump mengarahkan pentadbirannya untuk mempertimbangkan tindakan responsif, seperti tarif "untuk memerangi cukai perkhidmatan digital (DST), denda, amalan dan dasar yang dikenakan pemerintah asing ke atas syarikat-syarikat Amerika."
Memorandum tersebut mengarahkan pejabat Perwakilan Perdagangan Amerika Syarikat supaya melakukan semula siasatan cukai perkhidmatan digital yang dimulakan pada penggal pertama Encik Trump sebagai Presiden, serta menyiasat negara-negara lain yang memanfaatkan cukai digital "untuk mendiskriminasi syarikat-syarikat Amerika," kata pegawai berkenaan.
Apabila ditanya jika beliau akan menandatangani perintah tarif berhubung cukai digital, Encik Trump berkata: "Kami akan lakukan sedemikian, digital. Apa yang negara-negara lain lakukan terhadap kita hanya menimbulkan kesan buruk terhadap digital, jadi kami akan mengumumkannya, mungkin hari ini."
Pada minggu lalu, Encik Trump berkata beliau akan mengenakan tarif ke atas Kanada dan Perancis berhubung cukai perkhidmatan digital mereka.
Satu kertas fakta Rumah Putih yang diterbitkan pada ketika itu juga menyatakan "hanya Amerika dibenarkan mencukai firma-firma Amerika."
Ia mengadu kerana Kanada dan Perancis sebelum ini pernah menggunakan cukai untuk mengumpul lebih AS$500 juta (S$670 juta) setiap tahun dari syarikat-syarikat Amerika.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.