Skip to main content

Dunia

Trump akan hantar surat umum kadar tarif import mulai 4 Jul

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata Washington akan mula menghantar surat kepada negara-negara pada Jumaat (4 Jul) bagi menyatakan kadar tarif yang akan dikenakan ke atas import ke Amerika, satu peralihan yang jelas daripada ikrar sebelum ini untuk mencapai banyak perjanjian perdagangan.

Anggaran Waktu Membaca:
Trump akan hantar surat umum kadar tarif import mulai 4 Jul

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bercakap kepada media sebelum menaiki pesawat Air Force One untuk ke Iowa, di Pangkalan Udara Andrews, Maryland, Amerika Syarikat pada 3 Julai 2025. (Gambar: REUTERS/Nathan Howard)

Diterbitkan : 04 Jul 2025 09:11AM Dikemas Kini : 04 Jul 2025 09:15AM
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata Washington akan mula menghantar surat kepada negara-negara pada Jumaat (4 Jul) bagi menyatakan kadar tarif yang akan dikenakan ke atas import ke Amerika, satu peralihan yang jelas daripada ikrar sebelum ini untuk mencapai banyak perjanjian perdagangan.

Mengakui kerumitan berunding dengan lebih 170 negara, Encik Trump memberitahu para wartawan sebelum berlepas ke Iowa pada Khamis (3 Jul) bahawa surat itu akan dihantar ke 10 negara pada satu-satu masa, meletakkan kadar tarif seperti 20 peratus hingga 30 peratus.

"Kami mempunyai lebih daripada 170 negara, dan berapa banyak perjanjian yang boleh anda buat?" kata Encik Trump sambil mengatakan: "Ia jauh lebih rumit."

Encik Trump berkata beliau menjangkakan "sejumlah" perjanjian yang lebih terperinci dengan sesetengah negara selepas mengumumkan perjanjian perdagangan dengan Vietnam pada Rabu (2 Jul).

Bagaimanapun, beliau berkata beliau lebih suka memberitahu banyak negara lain tentang kadar tarif tertentu, melangkau rundingan terperinci.

Komen Encik Trump menggariskan cabaran untuk melengkapkan perjanjian perdagangan mengenai segala-galanya daripada tarif kepada halangan bukan tarif seperti larangan import pertanian.

Para pegawai kanan Encik Trump berkata pada April bahawa mereka akan mengusahakan 90 perjanjian dalam tempoh 90 hari, matlamat bercita-cita tinggi yang dipenuhi dengan keraguan daripada pakar perdagangan yang biasa menguruskan perjanjian perdagangan yang sukar dan memakan masa.
Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita