Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trend 'unboxing pengantin' dikecam hebat

Anggaran Waktu Membaca:
Trend 'unboxing pengantin' dikecam hebat

Tangkap layar rakaman video yang menjadi trend di kalangan pengantin baharu di media sosial. Gambar: K! ONLINE

Diterbitkan : 10 Jan 2022 09:07PM Dikemas Kini : 10 Jan 2022 11:42PM

PETALING JAYA: 'Unboxing' adalah kandungan media sosial yang sering mendapat perhatian. Hampir semua orang gemar dan ghairah melihat barang-barang baru dibuka.

Namun, baru-baru ini satu trend 'unboxing' bukan sahaja menarik perhatian malah menerima kecaman hebat daripada warga siber.

Trend 'unboxing pengantin' atau 'unboxing by husband' menjadi ikutan pasangan pengantin baru terutamanya dalam kalangan wanita bertudung.

Video yang dimuat naik itu memaparkan pengantin lelaki akan membantu membukakan tudung pengantin perempuan, dengan menanggalkan setiap aksesori yang terdapat pada bahagian kepala pengantin terlebih dahulu.

Sementara itu, kedua-dua mereka masih memakai busana pengantin dan ia akan dirakam menerusi cermin oleh pengantin perempuan, lapor K! ONLINE.

Rata-rata, orang ramai yang menonton akan memberi pelbagai reaksi di ruangan komen.

“Tak ada rasa malu ke rakam video seperti ini, aurat isteri perlu dijaga oleh suami,” kata Faez, seperti dipetik oleh K! ONLINE.

“Pengantin muda zaman sekarang ini mudah sangat terikut dengan perkara yang kurang baik, kononnya ikut trend, tapi lebih ke arah memalukan diri dan keluarga,” ujar Wan Putri.

Dalam pada itu, seorang pengguna yang dikenali sebagai Cikgu Dell, turut memuat naik video teguran kepada pasangan terlibat, lapor K! ONLINE.

“Ramai orang perempuan saya tengok kurang rasa malu muat naik video rakaman ‘unboxing by husband’ di TikTok.

“Semua benda nak dirakam, kalau ada orang lain komen dan kecam, awak akan marah pula,” katanya, menurut laporan K! ONLINE.

Sumber : Sumber Web/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan