Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trend ‘unboxing’ isteri ibarat 'jual isteri', tegas Mufti Perlis

Anggaran Waktu Membaca:
Trend ‘unboxing’ isteri ibarat 'jual isteri', tegas Mufti Perlis
Diterbitkan : 14 Jan 2022 05:51PM Dikemas Kini : 14 Jan 2022 06:26PM

KANGAR: Trend 'unboxing' isteri yang menjadi ikutan para pengantin baru, melibatkan pengantin lelaki membantu pengantin perempuan membuka tudung dirakam semata-mata untuk dimuat naik ke media sosial dilihat seperti ‘menjual isteri’.

Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata kemajuan teknologi yang semakin berubah menjadikan manusia mendedahkan diri sendiri sebagai satu kebanggaan dan kesombongan.

“Kebanggaan dan kesombongan untuk menunjukkan apa yang aku ada dan apa yang orang lain tiada sehingga ada yang terpengaruh dengan memuat naik kandungan unboxing isteri semata-mata untuk mendapat like (tanda suka) yang banyak dalam media sosial.

“Kadang-kadang mereka ini membuat trend yang melampaui batas sampai mendedahkan isteri sendiri,” katanya kepada Bernama hari ini (14 Jan).

Beliau berkata berdasarkan hadis riwayat Al-Bukhari: “Nabi Muhammad SAW tidak membenarkan perempuan bercerita mengenai tubuh perempuan lain kepada suaminya kerana itu akan menaikkan syahwat suaminya terhadap perempuan lain.”

Mohd Asri juga berkata pelibatan dalam kumpulan aplikasi WhatsApp yang tidak berfaedah perlu dikurangkan.

Sementara itu, seorang penjawat awam Norhafizah Saad, 48 tahun berkata trend unboxing tersebut dianggap kurang sopan kerana aurat isteri adalah untuk suami dan bukannya untuk menjadi bahan tontonan ramai.

“Tidak perlu untuk kongsi apa yang kita ada untuk semua orang walaupun niat asal hanya untuk berkongsi kegembiraan akhirnya seolah-olah menjual bini,” katanya.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan