Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Treler bawa kontena syarikat Israel diarah tinggalkan Malaysia

Anggaran Waktu Membaca:
ALOR SETAR: Sebuah treler bernombor pendaftaran asing yang membawa kontena tertera logo ‘ZIM’ yang dipercayai dari Israel, sudah ditahan dan diarah berpatah balik ke Thailand pada Khamis (6 Jun).

Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Kastam Kedah Suhaime Affindi Zainol Abidin berkata, lori kontena itu, yang mengandungi dagangan peralatan komputer ingin memasuki Malaysia melalui pintu masuk di Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam.

“Pada 6 Jun 2024 jam lebih kurang pukul 12.00 tengah hari, sebuah lori treler bernombor pendaftaran asing dikesan membawa kontena yang mengandungi dagangan peralatan komputer, dengan melakukan pengikraran Borang K1 bagi tujuan pengimportan dagangan ke dalam negara Malaysia.

“Hasil penelitian anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah, kontena yang digunakan berasal dari Israel berdasarkan logo ‘ZIM’ yang tertera pada badan dinding luar kontena tersebut,” katanya dalam kenyataan di Alor Setar, pada Jumaat (7 Jun).

Beliau berkata kenderaan tersebut ditahan untuk mendapat pengesahan dan arahan lanjut, kemudian diarah untuk berpatah balik ke Thailand dan meninggalkan Malaysia pada pukul 1.30 tengah hari, pada hari yang sama.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan