Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tragedi kapal selam Nanggala: Indonesia ikrar bina rumah baru bagi keluarga mangsa

Pemerintah Indonesia akan membina rumah bagi setiap keluarga para kakitangan kapal selam Nanggala-402 yang tenggelam di Laut Bali minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Tragedi kapal selam Nanggala: Indonesia ikrar bina rumah baru bagi keluarga mangsa

Yayak Dwi Ernawati menunjukkan potret perkahwinan anak perempuan dan menantunya, Pandu Yudha Kusuma, yang berada di atas kapal selam KRI Nanggala 402. (Gambar: Kiki Siregar)

Diterbitkan : 29 Apr 2021 06:14PM Dikemas Kini : 29 Apr 2021 06:21PM

JAKARTA: Pemerintah Indonesia akan membina rumah bagi setiap keluarga para kakitangan kapal selam Nanggala-402 yang tenggelam di Laut Bali minggu lalu.
Kesemua 53 askar di dalamnya meninggal dunia.

Presiden Joko Widodo mendedahkan rancangan pemerintahnya itu semasa bertemu dengan para anggota keluarga askar-askar berkenaan.

Beliau berkata rumah-rumah tersebut akan dibina di tempat-tempat yang dikehendaki pihak keluarga.

 "Kami akan membina rumah buat anda... yang boleh ditempatkan mengikut kemahuan anda," kata beliau ketika bertemu dengan para anggota keluarga di sebuah hangar di pangkalan udara tentera laut di Jawa Timur.

Sebelum ini, Presiden Jokowi menaikkan pangkat askar-askar yang terkorban itu dan mengumumkan bahawa pemerintah juga akan membiayai pendidikan anak-anak mereka.

Bangkai kapal selam Nanggala kini berada hampir 850 meter di dasar laut dan usaha sedang dilakukan untuk menarik keluar kapal selam itu.

Usaha mencari dan menyelamat di peringkat antarabangsa sebelum ini melibatkan pesawat serta kapal tentera laut khusus termasuk dari Singapura, Australia dan Amerika Syarikat, yang berkejar dengan masa untuk mencari kapal selam tersebut sebelum ia kehabisan oksigen.

Pada Ahad lalu, ketua tentera Indonesia Marsekal Hadi Tjahjanto mengesahkan bahawa Nanggala sudah tenggelam dan kesemua anak kapal di atasnya sudahpun meninggal dunia. 

Sumber : Reuters/MU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan