Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tragedi Itaewon: Presiden Korea Selatan marah polis tidak segera bertindak susuli panggilan bantuan

Anggaran Waktu Membaca:

SEOUL: Presiden Korea Selatan Yoon Suk-yeol marah setelah mendapat tahu bahawa polis tidak mengambil tindakan walaupun selepas menerima 11 panggilan meminta tolong kerana keadaan terlalu sesak di daerah Itaewon pada malam tragedi itu, menurut seorang pegawai presiden. 

Presiden Yoon menerima senarai panggilan yang diterima talian kecemasan polis 112 pada Sabtu malam (29 Okt), sebelum mengetuai mesyuarat Kabinet pada Selasa (1 Nov). Beliau mengarahkan situasi itu disiasat "dengan teliti", dan pihak yang bertanggungjawab "ditangani dengan tegas mengikut undang-undang dan prinsip," kata pegawai tersebut kepada agensi berita Yonhap pada Selasa (1 Nov). 

Agensi Polis Nasional (NPA) pada Selasa (1 Nov) mendedahkan transkrip 11 panggilan kecemasan yang diterima sekitar empat jam sebelum tragedi berlaku. Dengan itu, ramai yang percaya tragedi yang meragut sekurang-kurangnya 156 nyawa itu, boleh dielakkan. 

Kebanyakan panggilan yang diterima, meminta tolong kerana takut "dihimpit hingga mati". 

Ketua NPA Yoon Hee-keun mengadakan sidang media pada pagi Selasa (1 Nov) selepas presiden menerima senarai panggilan tersebut, meminta maaf atas tindak balas polis yang "tidak mencukupi" dan berjanji untuk menjalankan pemeriksaan dalaman untuk mengenal pasti kelemahan terbabit.

Ia disusuli permohonan maaf daripada Menteri Dalam Negeri Lee Sang-min, Ketua Kawasan Yongsan dan Datuk Bandar Oh Se-hoon.

"Tiada kaitan secara langsung antara arahan Presiden Yoon dan pemohonan maaf pelbagai pegawai itu," kata seorang pegawai presiden kepada Yonhap. 

"Pemeriksaan dan siasatan dalaman polis juga bukan dalam skop arahan pejabat presiden." 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan