Tragedi Itaewon: PM Korea Selatan gesa polis jelaskan respons terhadap panggilan kecemasan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Jung Yeon-je / AFP)
SEOUL: Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck-soo berkata pada Rabu (2 Nov), polis perlu menjelaskan tindakan mereka selepas menerima beberapa panggilan kecemasan beberapa jam dan minit sebelum insiden rempuhan semasa meraikan Halloween di Seoul, lapor Reuters.
Tragedi pada Sabtu (29 Okt) itu meragut nyawa 156 orang, 26 adalah warga asing dari 14 negara. Lagi 151 orang cedera, 29 daripadanya dalam keadaan tenat.
Puluhan ribu orang muda bersesak-sesak di jalan dan lorong-lorong sempit di daerah Itaewon bagi meraikan acara Halloween pertama di Seoul dalam tempoh tiga tahun selepas negara itu menarik balik sekatan COVID dan peraturan jarak selamat.
"Polis harus menjalankan pemeriksaan menyeluruh dan memberikan penjelasan yang jelas dan telus kepada orang ramai," kata Encik Han dalam mesyuarat pasukan petugas mengenai bencana itu yang disiarkan di televisyen.
Transkrip panggilan kecemasan yang dikeluarkan oleh polis Seoul pada Selasa (1 Nov) menunjukkan amaran pertama kemungkinan rempuhan maut berlaku diterima kira-kira empat jam sebelum tragedi tersebut.
Polis juga menerima 10 lagi panggilan sama sebelum keadaan huru hara bertukar menjadi satu bencana, menurut transkrip tersebut.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.