Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tragedi Itaewon: Parlimen Korea Selatan lulus usul pecat menteri dalam negeri

Anggaran Waktu Membaca:

SEOUL: Parlimen Korea Selatan meluluskan usul agar menteri dalam negeri dipecat berhubung tindak balas pemerintah terhadap kejadian rempuhan maut di Itaewon.

Encik Lee Sang-min berdepan tekanan untuk meletakkan jawatan berikutan insiden yang mengorbankan 156 orang dan mencederakan 152 yang lain pada 29 Oktober.

Usul itu meraih sokongan 182 daripada 183 penggubal dasar, dengan seorang berkecuali.

Justeru, parlimen yang dikuasai pembangkang meluluskan usul itu meskipun Encik Lee sudah memohon maaf. 

Namun, Presiden Yoon Suk-yeol dijangka menolak gesaan bagi peletakan jawatan menterinya itu.

Menurut laporan media, Parti Demokrat telah mengancam untuk mendakwa Encik Lee jika presiden menolak usul itu.

Sumber : Agensi berita/LL/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan