Skip to main content

Dunia

Tragedi feri karam di Bali gariskan risiko maritim di Asia Tenggara

Anggaran Waktu Membaca:
Tragedi feri karam di Bali gariskan risiko maritim di Asia Tenggara

Pasukan penyelamat yang menaiki bot bertolak untuk operasi mencari mangsa feri karam di Jembrana, Bali pada 4 Jul 2025. (Gambar: AP/Firdia Lisnawati)

JAKARTA/SINGAPURA: Pada 2 Julai lalu, feri Tunu Pratama Jaya karam ketika dalam perjalanan dari pulau Jawa ke Bali selepas dipukul ombak ganas secara tiba-tiba.

Para penumpang feri tidak sempat bertindak dan feri itu karam dalam masa kurang tiga minit.

Daripada 65 orang yang menaiki kapal itu, 15 mayat sudah pun ditemui manakala lagi 20 masih hilang.

Mangsa-mangsa yang terselamat, seperti Encik Syamsul Hidayat, hanyut selama berjam sebelum diselamatkan.

Pihak berkuasa menemui serpihan feri pada kedalaman 49 meter di bawah permukaan air, selepas dibawa arus.

Bahaya Didorong Iklim

Para pakar mengaitkan tragedi itu dan beberapa bencana maritim yang berlaku baru-baru ini kepada keadaan cuaca yang semakin tidak menentu didorong oleh perubahan iklim.

Indonesia melaporkan 128 insiden marin pada 2024, berbanding 87 pada 2020.

Malaysia juga menyaksikan lebih banyak kes kematian di laut, dengan 36 kematian dilaporkan dari tempoh Jan hingga Mei 2025.

Piawaian keselamatan dan penguatkuasaan lemah

Pelanggaran piawaian keselamatan masih berleluasa di rantau ini.

Di Malaysia, satu tragedi maut berlaku di Terengganu melibatkan seorang pengusaha bot yang diuji positif bagi dadah.

Para penganalisis juga menarik perhatian kepada penguatkuasaan yang lemah, bukannya kurang peraturan.

Menyusuli tragedi di Phuket pada 2018, Thailand mewajibkan penggunaan jaket keselamatan dan menjalankan pemeriksaan lebih ketat, sekali gus membawa kepada tahap keselamatan yang lebih baik.

Para pakar menyatakan Indonesia perlu ikut serta jejak Thailand dengan melaksanakan langkah-langkah tersebut.

Tragedi di China cetuskan pembaharuan

Tragedi kapal 'Bintang Timur' di China pada 2015 mendorong rombakan menyeluruh: reka bentuk kapal yang lebih baik, sistem amaran bijak dan zon tindak balas pantas.

Jumlah kematian maritim merosot lebih 60 peratus selepas langkah-langkah itu dilaksanakan.

Namun risiko masih ada, terutamanya bagi kapal yang lebih kecil dan tidak diselia. Tragedi kapal karam baru-baru ini disebabkan ribut yang berlaku secara tiba-tiba mencadangkan masih wujudnya jurang.

Gesaan tingkatkan penggunaan teknologi dan budaya

Para pakar menggesa supaya radar, pelampung dan sistem amaran mudah alih digunakan bagi menghadapi cuaca yang tidak menentu.

Namun teknologi sahaja tidak memadai.

"Budaya mengutamakan keselamatan" adalah penting - baik daripada penumpang kepada pengendali hingga ke pemerintah.
Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita