Skip to main content

Dunia

Trafik khidmat kereta api laju Perancis bertambah baik selepas disabotaj

Anggaran Waktu Membaca:
PARIS: Trafik kereta api berkelajuan tinggi TGV Perancis beransur pulih seperti sedia kala pada Sabtu (27 Jul). Ini selepas para jurutera bekerja semalaman untuk membaiki stesen isyarat dan kabel yang disabotaj, mengakibatkan kekecohan dalam perjalanan pada Jumaat, iaitu pada hari pembukaan Sukan Olimpik Paris.

Dalam serangan pada awal pagi Jumaat ke atas rangkaian kereta api berkelajuan tinggi, kumpulan yang tidak dikenali merosakkan infrastruktur di sepanjang laluan yang menghubungkan Paris dengan bandar-bandar seperti Lille di utara, Bordeaux di barat dan Strasbourg di timur.

Satu lagi serangan ke atas laluan Paris-Marseille berjaya digagalkan, jelas pengendali kereta api Perancis SNCF.

Di laluan kelajuan tinggi di bahagian timur Perancis, trafik kembali seperti sedia kala pada Sabtu pada 6.30 pagi manakala, di laluan berkelajuan tinggi di bahagian utara, Brittany dan Barat Daya, 7 daripada 10 kereta api secara purata akan beroperasi dengan kelengahan satu hingga dua jam, kata SNCF dalam satu kenyataan pada Sabtu pagi.

Pada peringkat ini, trafik masih kekal terganggu pada Ahad di paksi Utara dan akan bertambah baik pada paksi Atlantik bagi para penumpang yang melakukan perjalanan pulang pada hujung minggu, tambahnya.

SNCF menekankan bahawa rancangan pengangkutan bagi pasukan yang bersaing di Olimpik tetap dijamin.
Sumber : Reuters/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita