Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tourism M'sia jangka sektor pelancongan saksikan lonjakan di bawah kepimpinan baru

Anggaran Waktu Membaca:

MELAKA: Tourism Malaysia menjangkakan lonjakan kehadiran pelancong asing, terutama dari ASEAN dan Eropah, di bawah kepimpinan kerajaan baru.  

Pengarah Kanan Bahagian Domestik dan Acara Tourism Malaysia Iskandar Mirza Mohd Yusof berkata buat masa ini, pihaknya akan meneruskan semua perancangan yang sudah diatur seperti menggalakkan pelancongan domestik serta mengadakan promosi antarabangsa.

"Dalam masa yang sama, pameran fizikal juga akan diteruskan berikutan kesan positif yang dihasilkan, manakala kehadiran pesawat antarabangsa seperti KLM dan Turkish Airline yang memulakan kembali penerbangan ke Malaysia turut memberi lonjakan kemasukan pelancong," katanya kepada wartawan selepas merasmikan siri jelajah Jom Cuti-Cuti Malaysia 2022 di Aeon Bandaraya di Melaka, pada Sabtu (26 Nov). 

Dalam pada itu, beliau yang juga Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia menyasarkan lebih RM1 juta (S$307,076) dapat diraih menerusi siri jelajah berkenaan di Melaka yang berlangsung selama tiga hari bermula Sabtu (26 Nov). 

Menurut beliau, kutipan menerusi lapan siri jelajah di negeri lain termasuk di Perak, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Kelantan dan Johor sangat memberangsangkan iaitu mencecah RM8.03 juta (S$2.47 juta). 

"Di Melaka sebanyak 30 penggiat industri terdiri daripada pengusaha produk, agensi pelancongan, hotel dan taman tema mengambil bahagian sebagai pempamer dengan menawarkan pakej percutian dan penginapan serta tiket masuk pada harga istimewa.

"Ini diharap dapat menarik minat penduduk di sekitar Melaka dan Johor untuk mengunjungi reruai pempamer bagi mendapatkan pakej percutian pada harga terbaik," katanya. 

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan