Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Toronto tingkatkan keselamatan di masjid, pusat masyarakat Islam susuli insiden tembakan selepas tarawih

Bandar Toronto di Kanada mengetatkan kawalan keselamatan di masjid dan pusat masyarakat Islam pada Ahad (17 Apr) susulan kejadian lima jemaah ditembak sejurus selepas menunaikan solat Tarawih, lapor Agensi Anadolu (AA).

Anggaran Waktu Membaca:
Toronto tingkatkan keselamatan di masjid, pusat masyarakat Islam susuli insiden tembakan selepas tarawih

(Gambar hiasan: BERNAMA)

Diterbitkan : 18 Apr 2022 05:38PM Dikemas Kini : 18 Apr 2022 10:53PM

TORONTO: Bandar Toronto di Kanada mengetatkan kawalan keselamatan di masjid dan pusat masyarakat Islam pada Ahad (17 Apr) susulan kejadian lima jemaah ditembak sejurus selepas menunaikan solat Tarawih, lapor Agensi Anadolu (AA).

Ketua polis Daerah Peel, Nishan Duraiappah dalam catatan di media sosialnya berkata pihak polis meningkatkan protokol keselamatan di masjid dan pusat masyarakat milik umat Islam di wilayah itu.

Ketua Polis Toronto James Ramer berkata usaha menjejaki penyerang masih diteruskan dan menggesa mereka mempunyai maklumat, tampil membantu pihak polis.

Lima jemaah ditembak ketika keluar dari masjid sejurus selesai menunaikan solat tarawih.

Sementara itu, dua mangsa yang cedera masih menerima rawatan di hospital.

Sumber : Bernama/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan