Topi Napoleon dilelong pada harga S$2.8 juta
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/Dimitar DILKOFF)
PARIS: Topi milik Napoleon Bonaparte dilelong di Perancis pada harga €1.93 juta (S$2.8 juta), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Rumah lelong Osenat di Fontainebleau, berdekatan Paris, menyatakan ia adalah rekod dunia untuk topi yang dipakai oleh Napoleon semasa memerintah empayar Perancis pada abad ke-19.
Topi berwarna hitam itu dianggarkan bernilai antara €600,000 (S$880,000) dan €800,000 (S$1.2 juta).
Sehelai rambut maharaja dan sapu tangan adalah antara barangan lain yang dijual oleh seorang pengumpul.
Barangan lain yang ditawarkan termasuk sarung tangan dan sehelai baju yang dikatakan pernah dipakai Napoleon semasa hidup dalam buangan di Pulau Saint Helena.
Dilahirkan di Corsica, Napoleon meninggal dunia pada tahun 1821 di pulau berkenaan pada usia 51 tahun.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.