Topi keledar sentuhan kreatif pelukis ini pikat pelanggan SG dan sejauh Amerika
Bermula sekadar mencuba nasib dengan 'berkarya' dengan menghasilkan karya seni pada topi keledar melalui teknik mengecat melukis dan mengecat, siapa menduga usaha itu membawa tuah kepada bekas pereka fesyen sehingga mampu meraih pulangan lumayan.
(Gambar: BERNAMA)
- Lulusan Universiti Limkokwing, Lee Chooi Yee, 39 tahun, berkata beliau sama sekali tidak pernah menyesal apabila mengambil keputusan untuk 'tukar angin' daripada menjadi seorang pereka fesyen kepada seorang pelukis dan pengecat topi keledar sejak 10 tahun lalu.
- "Saya memulakan kerjaya sebagai pelukis 'air brush' ini selepas menamatkan kerjaya sebagai pereka fesyen di Selangor pada sekitar 2014 disebabkan beberapa faktor termasuk bayaran gaji yang diterima tidak setimpal dengan penat lelah."
- "Dari segi harga pula, ia dijual serendah RM1,800 (S$540) dan boleh mencecah lebih RM7,000 (S$2,100) untuk setiap satu topi keledar yang dihasilkan bergantung kepada jenis serta corak lukisan."
- Cik Lee berkata hasil seni kreatif yang dihasilkan itu bukan sahaja mendapat perhatian pelanggan dalam negara bahkan turut mendapat permintaan dari luar negara termasuk Hong Kong, Perancis, Australia, Singapura, Amerika Syarikat serta pelanggan kenamaan termasuk kerabat Diraja.
Lulusan Universiti Limkokwing, Lee Chooi Yee, 39 tahun, berkata beliau sama sekali tidak pernah menyesal apabila mengambil keputusan untuk 'tukar angin' daripada menjadi seorang pereka fesyen kepada seorang pelukis dan pengecat topi keledar sejak 10 tahun lalu.
Ketelitian kerja seni Lee Chooi Yee menghasilkan pelbagai corak dan tema termasuk 'custom design' pada topi keledar dengan mengetengahkan teknik 'air brush', iaitu menggunakan udara mampat untuk menyembur cat bagi mendapatkan kesan semburan yang halus dan licin, mampu menarik tumpuan sesiapa sahaja yang melihatnya.
"Saya memulakan kerjaya sebagai pelukis 'air brush' ini selepas menamatkan kerjaya sebagai pereka fesyen di Selangor pada sekitar 2014 disebabkan beberapa faktor termasuk bayaran gaji yang diterima tidak setimpal dengan penat lelah. Bagaimanapun, demi kelangsungan hidup, percubaan untuk berkecimpung dalam seni kreatif ini ternyata membuahkan hasil," katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya dekat Kampung Paloh Rawa baru-baru ini.
"Idea untuk berkecimpung dalam bidang ini tercetus selepas saya melihat sebuah video di Youtube mengenai seorang lelaki yang mengecat kereta menggunakan teknik 'air brush' ditambah pula suami saya Ricky Gan, juga meminati motosikal berkuasa tinggi."
"Dari segi pemilihan topi keledar, lebih baik sekiranya pelanggan memberi warna putih tanpa sebarang kerosakan dan saya mampu siapkan sekitar dua minggu atau lebih dua bulan bergantung kepada saiz topi itu serta corak yang diperlukan," ujar Cik Lee.
Anak bongsu daripada dua beradik itu berkata proses untuk melukis serta menyembur cat perlu dilakukan secara teliti termasuk memakai sarung tangan bagi mengelakkan sebarang kerosakan termasuk kesan jari yang akan menjejaskan kualiti corak serta warna yang dihasilkan.
"Dari segi harga pula, ia dijual serendah RM1,800 (S$540) dan boleh mencecah lebih RM7,000 (S$2,100) untuk setiap satu topi keledar yang dihasilkan bergantung kepada jenis serta corak lukisan. Sekiranya ia rumit serta memerlukan lukisan tangan yang lebih banyak, ia akan menjadi lebih mahal."
Cik Lee berkata hasil seni kreatif yang dihasilkan itu bukan sahaja mendapat perhatian pelanggan dalam negara bahkan turut mendapat permintaan dari luar negara termasuk Hong Kong, Perancis, Australia, Singapura, Amerika Syarikat serta pelanggan kenamaan termasuk kerabat Diraja.
"Ada pelanggan yang menyerahkan kepercayaan sepenuhnya kepada saya termasuk meminta membeli topi keledar untuk ditata rias. Untuk pelanggan yang berada di luar Kelantan kebiasaannya khidmat pos akan digunakan untuk menghantar topi itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.