Tony Fernandes jual semua saham dalam QPR; tumpu pertingkat perniagaan penerbangan
Anggaran Waktu Membaca:
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes. (Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd, Tony Fernandes sudah menjual keseluruhan pegangan sahamnya dalam QPR Holdings Ltd, syarikat induk Kelab Bola Sepak Queens Park Rangers (QPR).
Dalam kenyataan pada Isnin (10 Jul), Capital A menjelaskan tindakan strategik ini, yang akan membolehkan beliau menumpukan masa dan usaha bagi mengembangkan perniagaan digital AirAsia dan Capital A, adalah seiring dengan visi beliau untuk memacu pertumbuhan dan inovasi dalam sektor utama ini.
Tony, yang membeli QPR pada 2011, berkata meninggalkan QPR adalah satu "keputusan sukar" namun, ia dibuat berasaskan keazaman yang jelas iaitu masa dan kepakarannya diperlukan di tempat lain.
“Kini AirAsia kembali pulih sepenuhnya dan berkembang semula, saya 'berhutang' kepada Allstars (warga kerja syarikat penerbangan itu) dan pemegang saham kami untuk memberikan 100 peratus tumpuan saya dalam membina semula perniagaan syarikat penerbangan dan mengembangkan syarikat digital untuk memberikan nilai luar biasa kepada penduduk ASEAN, dengan terdapat permintaan kukuh terhadap produk dan perkhidmatan kos rendah, bernilai tinggi,” katanya.
Selain itu, beliau mahu mengalihkan tumpuan kepada usaha memuktamadkan pelan penyusunan semula untuk mengeluarkan Capital A daripada status Nota Amalan 17 (PN17).
“Saya yakin, keluar daripada PN17 adalah bergerak mengikut hala tuju yang betul. Langkah memperkukuh lembaran imbangan dan membina model pertumbuhan teguh dalam semua perniagaan daripada perniagaan syarikat penerbangan, logistik, pelancongan dan perniagaan teknologi kewangan digital serta perkhidmatan penerbangan juga semakin berlaku dengan pantas,” katanya.

Sumber : Bernama/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.