Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tonga dijangka terima kiriman pertama bantuan antarabangsa dalam masa 2 hari

Kedua-dua Australia dan New Zealand sudah mempersiapkan pesawat tentera untuk berlepas apabila operasi membersihkan abu tebal itu selesai dilakukan kemungkinan hari ini (19 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Tonga dijangka terima kiriman pertama bantuan  antarabangsa dalam masa 2 hari

Gambar satelit oleh Maxar Technologies menunjukkan abu tebal menyelaputi rumah-rumah di dan bangunan-bangunan di Tonga pada 18 Jan 2022 selepas satu letusan gunung berapi bawah laut tercetus. (Gambar: Maxar Technologies melalui AP)

WELLINGTON: Kiriman pertama bantuan antarabangsa dijangka tiba di Tonga dalam masa dua hari.

Dua kapal tentera laut New Zealand dijangka tiba di tapak bencana gunung berapi dan tsunami itu dengan membawa bekalan air serta yang lainnya.

Bantuan luar dihambat abu tebal dan kurangnya talian perhubungan akibat kabel bawah laut yang turut rosak dek bencana berkembar tersebut pada Sabtu lalu (15 Jan). Hubungan kabel itu dijangka pulih hanya dalam masa sebulan.

Sementara itu, pihak berkuasa Tonga masih berkejar dengan masa untuk membersihkan landasan lapangan terbangnya bagi pendaratan pesawat bantuan.

Kedua-dua Australia dan New Zealand sudah mempersiapkan pesawat tentera untuk berlepas apabila operasi membersihkan abu tebal itu selesai dilakukan kemungkinan hari ini (19 Jan).

Sebuah NGO melahirkan kebimbangan tentang kesan bencana tersebut ke atas keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak di Tonga, termasuk isu kesihatan mental.

Pemerintah Tonga juga melaporkan kerosakan prasarana sekitar Tongatapu dan terputusnya hubungan dengan pulau-pulau terpencil.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendakwa ramai orang masih dilaporkan hilang.

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan