Tommy Suharto sah bertanding pilihan raya Parlimen
Tommy Suharto, 56 tahun, merancang bertanding bagi kerusi Parlimen Papau, April depan
Tommy Suharto. (Gambar: AFP/ROMEO GACAD)
JAKARTA: Anak bongsu bekas Presiden Suharto yang didapati bersalah mengarahkan pembunuhan seorang hakim mahkamah besar akan bertanding dalam pilihan raya parlimen Indonesia, menurut Parti Berkarya, semalam (20 Jul).
Tommy Suharto, 56 tahun, mahu mewakili wilayah Papua yang dimiliki Indonesia hasil pungutan suara tajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 1960-an, iaitu ketika pemerintahan Presiden Suharto dan diselar sebagai satu penipuan.
Terletak di sebelah barat pulau New Guinea, Papua kini bergelut dengan masalah pemberontakan bagi menuntut kemerdekaan daripada Jakarta.
Anak lelaki Suharto itu akan bertanding dalam pilihan raya April depan di bawah Parti Berkarya menurut seorang pegawai kanan parti itu yang menambah bahawa penduduk Papua sendiri yang mahukan Tommy bertanding.
Tommy Suharto terkenal sebagai seseorang yang suka berfoya-foya dan gemarkan kereta mewah. Beliau menjalani hukuman penjara selama empat tahun dari tempoh hukuman keseluruhan 15 tahun selepas didapati bersalah mendapatkan khidmat pembunuh upahan bagi membunuh seorang hakim yang menjatuhkan hukuman penjara terhadapnya atas kesalahan rasuah. Tommy dibebaskan pada 2006.
Parti politiknya yang ditubuhkan pada 2016 mempunyai sekurang-kurangnya satu lagi anggota yang didapati bersalah atas tuduhan membunuh.
Kenam-enam anak Suharto didakwa meraih kekayaan menerusi akses istimewa kepada perniagaan lumayan sepanjang tiga dekad pemerintahan Suharto yang dibelenggu skandal rasuah besar-besaran. Suharto melepaskan jawatan pada 1998 semasa krisis kewangan Asia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.