Skip to main content

Dunia

Tolong jangan senyum: Polis di lapangan terbang India diarah masam muka

Polis bersenjata di lapang terbang India diarah untuk tidak tersenyum, dengan para pegawai menyalahkan serangan pengganas di Amerika Syarikat pada 2001, sebahagiannya berlaku disebabkan fokus berlebihan terhadap keramahan.

Anggaran Waktu Membaca:
Tolong jangan senyum: Polis di lapangan terbang India diarah masam muka

Polis bersenjata di lapang terbang India beralih dari "sistem senyum lebar" kepada "sistem senyum mencukupi". (Gambar: Arun Sankar/AFP)

Diterbitkan : 09 Oct 2018 06:50PM Dikemas Kini : 09 Oct 2018 06:54PM

NEW DELHI: Polis bersenjata di lapang terbang India diarah untuk tidak tersenyum, dengan para pegawai menyalahkan serangan pengganas di Amerika Syarikat pada 2001, sebahagiannya berlaku disebabkan fokus berlebihan terhadap keramahan, menurut laporan media tempatan pada Selasa (9 Okt).

Pasukan Keselamatan Industri Pusat (CISF), yang bertanggungjawab terhadap keselamatan penerbangan, akan beralih dari "sistem senyum lebar" kepada "sistem senyum mencukupi", menurut Indian Express di muka depannya.

Akhbar berbahasa Inggeris itu menyatakan bahawa langkah tersebut bertujuan membuat CISF "lebih berwaspada berbanding ramah".

Menurut pengarah umum CISF Rajesh Ranjan, kakitangan CISF akan dilatih dalam analisis tingkah laku oleh konsultan antarabangsa.

Jumlah penumpang di India sudah meningkat sebanyak enam kali ganda dalam tempoh 10 tahun, disebabkan ketersambungan yang lebih baik dan tambang lebih murah dalam sektor yang amat bersaing itu.

Bagaimanapun, lapangan terbang di India bergelut dengan kesukaran untuk mengendalikan jumlah penumpang yang kian meningkat dan para analisis memberi amaran bahawa pemerintah perlu membelanjakan berbilion dolar untuk meningkatkan keupayaan serta tahap keselamatan.

Awal bulan ini, pihak berkuasa mengumumkan bahawa tidak lama lagi, pas untuk menaiki pesawat, tidak lagi diperlukan bagi beberapa penerbangan domestik dengan penggunaan teknologi pengenalan wajah di lapangan terbang.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita