Tol punca 'sakit hati dan kesesakan', kalau boleh harus dimansuh, menurut PM Najib
Perdana Menteri Malaysia Najib Razak semalam (22 Feb) berkata tol tidak memanfaatkan warga Malaysia dan seharusnya dimansuhkan, menurut laporan media tempatan.

Gambar fail PM Malaysia Najib Razak. (Gambar: Lai Seng Sin/ Reuters)
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Najib Razak semalam (22 Feb) berkata tol tidak memanfaatkan warga Malaysia dan seharusnya dimansuhkan, menurut laporan media tempatan.
"Kalau boleh, di mana tol yang boleh saya mansuhkan, saya akan buat. Ia hanya menyebabkan sakit hati dan kesesakan lalu lintas," kata PM Najib seperti dilapor Malay Mail Online semasa sesi perkongsian Belanjawan 2018 di Kuala Lumpur.
Laporan tersebut turut menambah bahawa PM Najib, mendakwa dirinya tidak seperti perdana menteri sebelum ini dan menyifatkan isu tol sebagai masalah warisan. Keputusan itu katanya dilakukan sebelum menjadi perdana menteri.
"Saya terpaksa merungkai masalah-masalah warisan dan perlu menanganinya jika ia tidak menjadi kepentingan rakyat.
"Disebabkan itu, lebuhraya Pan-Borneo tidak akan mempunyai tol dan kami memansuhkan pungutan tol di Batu Tiga, Sungai Rasau, Bukit Kayu Hitam dan lebuhraya EDL di Johor Bahru," kata PM Najib
Ini menyusuli tindakan Malaysia untuk mengurangkan levi dan bayaran tol di Laluan Kedua Tuas bagi menggalak lebih ramai pemandu menggunakan laluan tersebut selain daripada Koswe di Woodlands, yang lebih sesak.
Singapura juga mengurangkan kadarnya bagi memadankan dengan tol baru Malaysia bermula 1 April tahun ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.