Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tokyo gesa Beijing bebaskan pekerja Astellas Pharma; warga Jepun itu ditahan China sejak minggu lalu

Anggaran Waktu Membaca:
Tokyo gesa Beijing bebaskan pekerja Astellas Pharma; warga Jepun itu ditahan China sejak minggu lalu

Menteri Luar Jepun Yoshimasa Hayashi (kiri) mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari China, Encik Qin Gang (kanan). (Gambar: AP)

TOKYO: Menteri Luar Jepun Yoshimasa Hayashi menggesa Beijing supaya membebaskan seorang warga Jepun yang ditahan semasa mengadakan mesyuarat dengan Diplomat China Qin Gang pada Ahad (2 April).

Encik Hayashi yang sedang dalam rangka lawatan ke China mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya, Encik Qin. Lawatan Encik Hayashi itu juga merupakan lawatan pertama oleh seorang menteri luar Jepun ke Beijing sejak tiga tahun lalu. 

Ini sedang kedua-dua negara mencari titik persamaan di tengah-tengah ketegangan yang kian memuncak di rantau itu.

"Saya menyuarakan bantahan terhadap penahanan seorang warga Jepun di Beijing baru-baru ini dan saya turut menegaskan pendirian saya berhubung hal tersebut, termasuk pembebasan awal warga Jepun itu," tegas Encik Hayashi kepada para wartawan selepas mengadakan mesyuarat dengan Encik Qin.

Beliau menambah bahawa Jepun sedang berusaha untuk mendapatkan penjelasan berhubung proses perundangan melibatkan penahanan tersebut. Beliau bagaimanapun tidak memperincikan reaksi China terhadap hal berkenaan.

Lawatan tersebut dilakukan seminggu setelah seorang jurucakap Astellas Pharma Inc mendakwa bahawa pekerjanya ditahan di China atas sebab yang tidak diketahui.

Menurut agensi berita Kyodo News, sekurang-kurangnya 16 warga Jepun, tidak termasuk kes tersebut, telah ditahan di China sejak 2015 kerana disyaki terlibat dalam kegiatan perisikan.
Sumber : Reuters/SS/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan