Toblerone tidak lagi gunakan imej gunung Matterhorn pada bungkusan
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Agensi
WASHINGTON: Syarikat pengeluaran coklat Toblerone tidak akan menggunakan lagi gambar puncak gunung Matterhorn sebagai logo pada bungkusan produk itu.
Menurut syarikat yang dimiliki oleh syarikat daripada Amerika Syarikat (AS) Mondelez itu pembungkusan Toblerone akan dikemas kini selari dengan keputusan untuk memindahkan beberapa pengeluaran luar daripada Switzerland yang mempunyai peraturan ketat mengenai penggunaan simbol negara, lapor United Press International (UPI).
Gambar gunung Matterhorn mula diperkenalkan pada tahun 1970.
"Reka bentuk baru pembungkusan akan dimodenkan dan diperkemas sejajar dengan estetik geometri dan segi tiga," menurut seorang jurucakap Mondelez.
Pembungkusan baru akan menyertakan logo yang tersendiri yang diinspirasi daripada arkib Toblerone dan disertakan dengan tandatangan pengasas Toblerone, lapor BBC.
Menurut The Guardian, pada 2017 Switzerland meluluskan undang-undang yang menyekat penggunaan simbol nasional pada makanan dan pembungkusan industri.
Sekurang-kurangnya 80 peratus daripada bahan mentah sesuatu produk mesti diperolehi dari negara tersebut agar produk itu boleh ditandakan sebagai dikeluarkan di Switzerland.

Sumber : Agensi berita//BERNAMA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.