Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

TMJ timang cahaya mata ketiga

Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che' Puan Khaleeda Bustamam, selamat menyambut kelahiran putera kedua - yang juga cahaya mata ketiga pasangan itu hari ini (17 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
TMJ timang cahaya mata ketiga

(Gambar: HRH Crown Prince of Johor/Facebook)

Diterbitkan : 17 Jul 2019 12:13PM Dikemas Kini : 17 Jul 2019 12:20PM

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che' Puan Khaleeda Bustamam, selamat menyambut kelahiran putera kedua - yang juga cahaya mata ketiga pasangan itu hari ini (17 Jul).

Berita gembira itu dikongsikan Tunku Ismail menerusi catatan di laman Facebook rasminya, HRH Crown Prince of Johor, kira-kira jam 2.00 pagi tadi.

"Alhamdulillah. YM Che Puan Khaleeda telah selamat melahirkan seorang Putera Raja. Allah Peliharakan Sultan," tulis Tunku Ismail dalam catatan berkenaan yang turut disertakan tiga keping gambar menunjukkan beliau di sisi Che' Puan Khaleeda dan anak ketiga mereka.

Tunku Ismail, 35 tahun, mendirikan rumah tangga dengan Che' Puan Khaleeda pada 24 Oktober 2014. Pasangan itu dikurniakan puteri sulung, Tunku Kalsom Aminah Sofiah, pada 25 Jun 2016.

Setahun kemudian, pada 14 Oktober 2017, pasangan diraja itu menimang seorang putera bernama Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim.

Pastinya, kehadiran penyeri rumah tangga yang baru ini lebih manis lagi buat Che' Puan Khaleeda yang turut menyambut ulang tahun ke-26 semalam. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan