TMJ terima ucapan hari ulang tahun keputeraan daripada David Beckham
Bertuah sungguh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim apabila menerima ucapan hari ulang tahun keputeraan daripada pemain bola sepak terkenal dunia, David Beckham hari ini (30 Jun).

Petikan gambar instagram David Beckham.
JOHOR BAHRU: Bertuah sungguh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim apabila menerima ucapan hari ulang tahun keputeraan daripada pemain bola sepak terkenal dunia, David Beckham hari ini (30 Jun).
Beckham menerusi akaun Instagramnya menulis ucapan tersebut khusus buat TMJ bersama sekeping gambar bersamanya, lapor Astro Awani.
"Kepada sahabat saya, Tunku Mahkota Johor, selamat menyambut ulang tahun. Saya tidak sabar untuk bertemu anda di Singapura tidak lama lagi," tulis Beckham.

Tunku Ismail menyambut hari keputeraan ke-34 tahun hari ini (30 Jun).
Menurut Astro Awani, bintang bola sepak England itu pernah berkunjung ke Malaysia sempena program eksklusif AIA Vitality Wellness Festival sekitar September tahun lalu.
Semasa berkunjung ke Malaysia, Beckham sempat bertemu dengan TMJ dan memetik gambar kenangan bersama.
Beckham turut menerima jersi JDT No. 7 daripada Tunku Ismail, lapor Astro Awani.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.