TMJ rasmikan padang baharu Stadium Bukit Jalil
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Agensi berita
BUKIT JALIL: Selepas menjalani proses pertukaran rumput kepada jenis Zeon Zoysia sejak Mac lalu, Stadium Nasional, Bukit Jalil kini berwajah baharu.
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada Khamis (12 Okt) berkenan menyempurnakan simbolik perasmian di Stadium Nasional, yang menyaksikannya turut meninjau peralatan digunakan dan keadaan bahagian tengah padang.
Beliau yang juga pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim menaja dana bagi menggunakan rumput jenis tersebut dengan Kementerian Belia dan Sukan turut membelanjakan RM4.7 juta (S$1.4 juta) lagi untuk kerja-kerja berkaitan, lapor agensi berita TV3.
Turut hadir mengiringinya ialah Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia, Hans Isaac serta Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Faidz Sanusi dan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Hamidin Mohd Amin.
Gelanggang tersebut akan mengadakan perlawanan sulung bola sepak menerusi saingan Pesta Bola Merdeka pada Jumaat, menurut TV3.
Pasukan kebangsaan Malaysia itu dijadual menentang India jam 9.00 malam, dengan pemenang bakal berdepan Tajikistan dalam perlawanan akhir di tempat yang sama Selasa nanti, dipetik daripada TV3.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.