TMJ nafi muat naik kenyataan 'UMNO is full of garbage'
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. (Gambar fail: Mohd Rasfan/AFP)
JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menafikan beliau mengeluarkan kenyataan 'UMNO is full of garbage' seperti yang tersebar di media sosial ketika ini.
Tunku Ismail menerusi catatan terbaru dalam Facebook HRH Crown Prince pada Ahad (6 Nov) menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan itu.
"Ini adalah satu kenyataan palsu disebarkan secara berterusan pihak tidak bertanggungjawab di dalam pelbagai aplikasi media sosial.
"Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) sebelum ini sudah membuat laporan polis berhubung penyebaran kenyataan palsu ini," tegas Tunku Ismail kepada Sinar Harian.
Tunku Mahkota Johor turut menegaskan bahawa semua kenyataan atau laporan berita berkaitanbeliau mahupun keluarga DiRaja Johor hanya akan dikeluarkan oleh Royal Press Office atau laman sosial rasmi beliau sahaja.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.