Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

TMJ mungkin tawar jawatan CEO JDT FC, Penasihat Orang Muda Johor kepada Khairy Jamaluddin

Anggaran Waktu Membaca:
JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini (28 Jan) membayangkan kemungkinan menawarkan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif JDT FC dan Penasihat Orang Muda Johor kepada Khairy Jamaluddin.

Perkara itu dinyatakan oleh pemilik kelab bola sepak JDT itu menerusi satu hantaran di Facebook rasmi HRH Crown Prince of Johor, malam ini.

Beliau turut memuat naik gambar bersama bekas Ahli Parlimen Rembau itu dengan kapsyen “Bakal CEO JDT FC dan Penasihat Orang Muda Johor.

“Berpengalaman, terbukti, kenapa tidak,” menurut beliau dalam hantaran itu.

Sementara itu, Encik Khairy turut membalas hantaran itu di Instagram rasmi beliau dengan gambar yang sama bersama Tunku Ismail dengan komen: “Satu pintu tertutup, pintu yang lain akan terbuka. Rezeki di tangan Allah.”

Mantan Menteri Kesihatan dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia itu pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan pada Mei 2013 sehingga Mei 2018.
Sumber : Bernama/NK/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan