Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

TMJ mahu cari penyelesaian tetap bagi masalah banjir di Johor

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyasarkan untuk mencari penyelesaian tetap bagi masalah banjir yang sering melanda Johor.
 

Anggaran Waktu Membaca:

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyasarkan untuk mencari penyelesaian tetap bagi masalah banjir yang sering melanda Johor.

Beliau berkata antara perkara penting perlu diambil perhatian adalah sistem saliran dan perparitan yang mampu menampung kapasiti air hujan yang tinggi, pengurusan sungai berkesan serta kesiapsiagaan tinggi untuk menghadapi bencana. 

“Bencana banjir ini merupakan masalah yang berlaku hampir setiap tahun. 

“Walaupun ada penambahbaikan dalam usaha tebatan banjir sejak peristiwa 2006, tetapi saya berhasrat untuk mencari penyelesaian tetap kepada masalah banjir di Johor,” ungkap Tunku Ismail menerusi catatan yang dimuat naik ke Facebook rasminya hari ini (12 Jan).

Tunku Ismail berpendapat bahawa langkah mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Lantaran itu, beliau akan menganjurkan program pembersihan sungai di Johor dan program khas pada Februari ini.

“Inisiatif ini adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan sungai-sungai kita.

“Sultan Johor (Sultan Ibrahim Sultan Iskandar) dan sekeluarga akan terus berusaha bersama pihak kerajaan dalam mencari penyelesaian tetap agar rakyat Johor tidak perlu berdepan dengan bencana banjir lagi,” ungkapnya.

Awal dari itu, beliau bertemu Datuk Bandar Johor Bahru Mohd Noorazam Osman dan pakar-pakar pengurusan air serta sistem saliran air bagi mendengar taklimat mengenai inisiatif dan usaha-usaha untuk membaiki penebatan banjir di Johor.

Situasi banjir di Johor kini semakin pulih dengan jumlah mangsa banjir terus berkurangan kepada 1,044 orang setakat 4.00 petang berbanding 1,227 orang pagi tadi, dengan 23 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan