Skip to main content

Dunia

TMJ kesal masih ramai tidak prihatin aspek kebersihan tempat awam

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyeru anggota masyarakat khususnya penduduk negeri Johor agar mengubah cara pemikiran berkaitan isu kebersihan.

Anggaran Waktu Membaca:
TMJ kesal masih ramai tidak prihatin aspek kebersihan tempat awam

(Gambar: Twitter/@Separa_Penuh)

KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyeru anggota masyarakat khususnya penduduk negeri Johor agar mengubah cara pemikiran berkaitan isu kebersihan.

Dalam responsnya terhadap satu catatan di Twitter, Tunku Ismail meluahkan rasa kesal apabila masih ramai yang tidak prihatin terhadap aspek kebersihan.

Menurutnya lagi, biarpun pasukan petugas sudah melaksanakan kerja-kerja pembersihan, ia tidak akan memberi impak besar jika orang ramai tidak memainkan peranan.

"Saya berharap masyarakat menghormati negeri dan alam sekitar kita dan ubahlah mindset dari membuang sampah merata-rata.

"Apabila saya pantau, selepas kerja pembersihan dibuat, pembuangan sampah terus berlaku di setiap tempat. Tolonglah ubah sikap," tulisnya, seperti dinukil Astro Awani.

Sebelum ini, seorang pengguna Twitter meluahkan rasa kecewa apabila percutiannya ke Tanjung Balau dicemari dengan pemandangan tidak enak, dengan sampah sarap dilihat di segenap sudut kawasan pantai itu.

"Pengalaman Cuti-Cuti Malaysia saya menjadi buruk kerana sampah sarap yang dibuang merata tempat di Tanjung Balau.

"Kita kena lakukan sesuatu tentang perkara ini. Ia melampau dan sangat menyakitkan untuk dilihat," tulisnya sambil meletakkan tag akaun Tunku Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, seperti dinukil Astro Awani.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita