Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

TMJ dilantik Pemangku Raja Johor

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan melantik anakanda baginda Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail sebagai Pemangku Raja Johor.

Anggaran Waktu Membaca:
TMJ dilantik Pemangku Raja Johor

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 11 Aug 2019 11:21PM Dikemas Kini : 11 Aug 2019 11:26PM

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan melantik anakanda baginda Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail sebagai Pemangku Raja Johor.

Dalam satu catatan di laman Facebook rasmi baginda, Sultan Johor memaklumkan majlis pelantikan itu sudah diadakan di Istana Pasir Pelangi di sini, hari ini (11 Ogos).

Beberapa keping gambar yang menunjukkan majlis sedang berlangsung, turut dikongsi Sultan Ibrahim dalam laman sosial berkenaan.

Turut kelihatan berangkat ke majlis itu ialah anak-anak Sultan Johor yang lain, serta menantunya Encik Dennis Muhammad Abdullah.

Hadir sama ialah Menteri Besar Johor Dr Sahruddin Jamal dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi, Encik Aminolhuda Hassan.

Sultan Johor bertitah Tunku Ismail diberikan kepercayaan untuk menjalankan tugas dan mentadbir negeri Johor serta mempunyai semua kuasa yang diperuntukkan kepada Raja dan boleh digunakan pada bila-bila masa.

Beliau tidak menyatakan mengapa pelantikan itu dibuat. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan