TMJ akan terus bersuara biarpun jadi 'musuh Nombor 1'
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, bertegas akan terus bersuara terhadap dasar-dasar kerajaan bagi pihak rakyat, biarpun ini bermakna beliau menjadi "musuh Nombor 1 kepada orang ramai".
JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, bertegas akan terus bersuara terhadap dasar-dasar kerajaan bagi pihak rakyat, biarpun ini bermakna beliau menjadi "musuh Nombor 1 kepada orang ramai".
Dalam satu catatan Facebook lewat Rabu (2 Jan), TMJ berkata beliau "benar-benar mahukan kerajaan (Pakatan Harapan) untuk berjaya".
"Sesetengah mungkin tidak suka apa yang saya katakan tapi itulah cabarannya. Untuk terus bersuara demi rakyat yang tidak dapat menyuarakannya," kata beliau.
"Biarkan saya menjadi musuh anda nombor satu sekiranya perlu. Saya konsisten dan tegas dengan prinsip saya."
TMJ menarik perhatian beliau sudah sekian lama bersuara terhadap dasar-dasar yang pada pandangannya tidak tepat.
"Tiada beza (antara sekarang dengan semasa kerajaan pentadbiran Najib Razak). Sekadar mahukan yang terbaik untuk rakyat," tulis beliau lagi.
TMJ terkenal dengan reputasi beliau yang lantang menyuarakan pandangan terhadap dasar-dasar kerajaan, terutamanya menerusi media sosial.
Misalnya, beliau pernah menggesa kerajaan persekutuan untuk melabur dalam penjagaan kesihatan, termasuk menyambung semula rancangan membina hospital awam di Pasir Gudang, berbanding menghabiskan wang membina "jambatan bengkok" antara Johor dan Singapura.
Beliau juga melahirkan agar harapan Singapura dan Malaysia dapat mencapai "situasi saling menguntungkan" sedang kedua-dua negara terus menangani pertikaian sempadan laut dan ruang udara.
Menulis dalam Facebook beliau pada September, TMJ, menukil "pegawai" yang tidak didedahkan identitinya, bahawa kerajaan sedang memantau akaun media sosialnya. Polis Malaysia menyangkal dakwaan itu.
Dalam catatan terbarunya itu, TMJ menggesa kerajaan PH untuk " mulai mentadbir... berhenti berperang antara satu sama lain ... berhenti mempolitikkan setiap isu."
Baru-baru ini terdapat tanda-tanda pertelingkahan di dalam kerajaan PH. Bulan lalu, para pemimpin PH bertegang urat selepas ketua pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa agar Menteri dalam Pejabat Perdana Menteri P Waytha Moorthy dipecat, atas tuduhan mengapi-apikan ketegangan kaum menyusuli rusuhan di sebuah kuil Hindu di Selangor.
"Kini sudah 2019, ayuh kita lakukan yang sepatutnya sekarang. Ayuh kita kurangkan berpolitik. Ayuh kita kurang mempopularkan apa yang ada di media sosial. Ayuh kita melakukan keputusan yang lebih baik," seru TMJ.
"Ayuh kita bekerjasama dan menghormati ruang dan tugas masing-masing. Ayuh kita berkhidmat kepada rakyat dan melaksanakan yang terbaik untuk negara kita."
Catatan beliau kini meraih hampir 6,000 tanda suka (Likes) dan hampir 700 komen, kebanyakannya menyokong pandangan beliau.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.