Tindakan terbaru Israel bunuh pegawai tinggi militan di Lubnan tingkatkan kemungkinan perang bertambah meluas di Timur Tengah
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: AFP
LUBNAN: Kebimbangan kian meningkat tentang kemungkinan perang bertambah meluas di Timur Tengah.
Ini selepas Israel membunuh seorang pegawai tinggi militan Palestin semasa satu serangan di Lubnan.
Pembunuhan Khalil Maqdah, seorang panglima kanan kumpulan Fatah, adalah serangan pertama ke atas gerakan kumpulan Palestin itu, sejak tercetusnya pertempuran di sempadan dengan kumpulan Hezbollah.
Kumpulan Fatah menyatakan pembunuhan itu membuktikan bahawa Israel mahu mencetuskan perang skala besar di rantau tersebut.
Tentera Israel berkata serangan tersebut disasarkan ke atas Khalil, Mounir Maqdah, yang mengetuai sayap bersenjata Fatah yang berpangkalan di Lubnan.
Mereka menekankan bahawa adik beradik itu telah menyasarkan serangan dan menyeludup senjata ke Tebing Barat, sambil mendakwa bahawa mereka bersubahat dengan Pengawal Revolusi Iran.
Serangan Israel itu berlaku selang beberapa jam selepas diplomat utama Amerika Syarikat Antony Blinken meninggalkan Timur Tengah selepas gagal mencapai satu perjanjian gencatan senjata di Gaza.
Washington telah membentangkan satu saranan untuk mengatasi perbezaan dalam perjanjian gencatan senjata antara Israel dengan Hamas.
Namun, kedua belah pihak dilaporkan tidak berpuas hati dengan saranan yang dibentangkan itu.

Sumber : AGENCIES/AY/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.