Tindakan tegas terhadap pihak sebar sentimen kaum, agama dan institusi diraja ketika PRN
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia Fahmi Fadzil memberi amaran kepada semua pihak agar tidak menyebarkan sentimen atau bahan yang menyentuh sensitiviti kaum, agama dan institusi diraja (3R) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
Encik Fahmi berkata tindakan undang-undang akan dikenakan kepada mana-mana pihak yang didapati berbuat demikan tanpa mengira daripada mana-mana kumpulan, lapor Malaysiakini.
“Tidak timbul persepsi bahawa hanya individu daripada kumpulan tertentu sahaja yang ditahan dan disiasat.
“Saya beri peringatan dan amaran tegas kepada semua, jangan sesekali membuat sebaran bersifat 3R. Jika kamu buat, maka bersedialah berhadapan dengan pihak berkuasa dan undang-undang Malaysia,” katanya.
Encik Fahmi berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis penutup Kempen Kesedaran Keselamatan Siber, Ekonomi Digital dan Keterhubungan di Perumahan Pantai Permai di Kuala Lumpur, pada Ahad (18 Jun).
Beliau menambah bahawa demokrasi Malaysia tidak seharusnya dicemarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab atas alasan ia merupakan hak dan kebebasan bersuara seperti yang berlaku semasa PRU15, seperti dinukil laporan Malaysiakini.
“Di Malaysia, didapati ada pihak-pihak tertentu yang secara tidak bertanggungjawab sengaja menyebarkan bahan 3R terutama pada PRU15. Ini tidak akan berlaku lagi.
“Kita tidak mahu demokrasi disalah guna atas dasar kebebasan bersuara untuk pihak tidak bertanggungjawab ini mengulangi sikap mereka pada PRU15 lepas untuk menyebar bahan yang sangat merosakkan keharmonian dan akidah rakyat,” katanya.
Bagi mengekang penularan bahan bersifat 3R, Encik Fahmi berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sudah diarah untuk mempertingkat usaha pemantauan semasa PRN di Selangor, Kedah, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan serta Pulau Pinang yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.