Tindakan tegas bagi individu ganggu ketenteraman awam dalam bantahan penahanan Datuk Bandar Istanbul: Erdogan

Setakat ini, ratusan penunjuk perasaan telah ditahan, termasuk ramai pelajar selepas puluhan ribu rakyat Turki turun ke jalan membantah penahanan Datuk Bandar Istanbul, Ekrem Imamoglu, ekoran dakwaan rasuah dan salah guna kuasa. (Gambar: AP)
Kenyataan itu dibuat selepas puluhan ribu rakyat Turki turun ke jalan membantah penahanan Datuk Bandar Istanbul, Ekrem Imamoglu, minggu lalu.
Setakat ini, ratusan penunjuk perasaan telah ditahan, termasuk ramai pelajar.
Beliau turut menegaskan bahawa Turki tidak boleh membiarkan anak muda terpengaruh dengan kumpulan atau individu tertentu yang dilabelnya sebagai "musuh negara".
"Kami tidak akan menutup mata terhadap gangguan ketenteraman awam semasa proses ini. Unit keselamatan kami akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap sesiapa sahaja yang menutup muka mereka, menyerang polis, atau mengganggu orang awam semasa mereka menjalankan tugas mereka.
"Kita tidak boleh kehilangan seorang anak muda kepada musuh bangsa dan negara kita, walaupun mereka telah ditipu dan jatuh ke dalam cengkaman pertubuhan marginal," katanya.
Protes terhadap penahanan Encik Imamoglu semakin meningkat, dengan pihak pembangkang menyifatkan tindakan itu sebagai bermotif politik.
Namun, pemerintah menegaskan bahawa tindakan undang-undang ke atas Imamoglu adalah berdasarkan dakwaan rasuah dan salah guna kuasa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.