Tindakan suami ini teman isteri jerit untuk lepaskan tekanan undang sebak
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: @__shaaaaa7/TikTok
KEDAH: Hubungan suami isteri sudah tentu akan ada pasang surutnya
Namun, dalam sesuatu hubungan itu, pasangan akan saling bergantung dengan satu sama lain untuk mengharungi setiap cabaran dan ujian.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan pasangan suami isteri dilihat melepaskan stres mereka di Jerai Sky View mencuri tumpuan, dipetik daripada Seismik.

Dapat dilihat sepasang suami isteri warga emas sedang bersiar-siar di Jerai Sky View, Puncak Gunung Jerai, Kedah. Lelaki itu bertanya kepada isterinya di mana beliau ingin jerit.
Isterinya pula menjawab beliau ingin menjerit di hujung tempat itu untuk melepaskan tekanan.
Apa yang lebih membuatkan ramai sebak adalah tindakan lelaki itu yang mengiyakan saja kehendak isterinya, menurut laporan Seismik.
Beliau juga dilihat sangat menyokong, dengan menjerit sekali bersama isterinya. Tambahan pula, lelaki tersebut dilihat memberikan tepukan kepada isterinya yang berani menjerit itu.
Selepas kejadian itu, wanita berkenaan terus memeluk suaminya kerana dilihat berasa sebak, lapor Seismik.
Video itu yang kini meraih sehingga 1.1 juta tontonan, 154 ribu tanda suka dan hampir 4 ribu komen di TikTok, rata-rata mengundang rasa terharu dan sebak dalam kalangan netizen.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.