Skip to main content

Dunia

Tindakan PN hantar surat kepada Agong tidak wajar, kata Setiausaha Agong UMNO

Anggaran Waktu Membaca:
Tindakan PN hantar surat kepada Agong tidak wajar, kata Setiausaha Agong UMNO

Logo dan slogan UMNO. (Gambar: Vincent Tan)

Diterbitkan : 07 Oct 2022 03:28PM Dikemas Kini : 07 Oct 2022 03:29PM
PONTIAN: Tindakan 12 anggota Jemaah Menteri daripada Perikatan Nasional (PN) menghantar surat kepada Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menyatakan pendirian mereka tidak bersetuju pilihan raya umum (PRU) diadakan tahun ini, disifatkan tidak wajar.

Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan berkata tindakan menteri Kabinet daripada Bersatu dan PAS itu secara tidak langsung melambangkan ketidakpercayaan mereka terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan boleh menjejaskan keabsahan kerajaan, lapor Bernama.

"Ia dilihat sebagai sesuatu yang tidak baik berlaku dalam pentadbiran sekarang bila  da 12 menteri yang tulis surat sedemikian rupa walhal selaku ahli Kabinet mereka boleh menyelesaikan dalam mesyuarat Kabinet. 

“Semakin kurang keabsahan (dalam kerajaan) kalau 100 peratus keabsahan sekarang tinggal 60 peratus sahaja, 40 peratus keabsahan sudah hilang. Sewajarnya surat itu tidak disebar, permasalahan seperti itu boleh dibincang dalam Kabinet," katanya kepada pemberita sebelum merasmikan mesyuarat Puteri UMNO Bahagian Pontian di Dewan UMNO Pontian, pada Jumaat (7 Okt).

Encik Ahmad mengulas tindakan 12 menteri daripada Bersatu dan PAS yang menghantar surat kepada Agong bagi menyatakan ketidaksetujuan melaksanakan PRU15 tahun ini dengan alasan mahu memberi tumpuan pada rakyat.

Dalam perkembangan berkaitan, Encik Ahmad, yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata kesemua 191 bahagian membabitkan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO seluruh negara menggerakkan jentera pilihan raya bagi menghadapi PRU15 yang semakin hampir.
Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita