Tindakan pantas juruterbang mudahkan kerja menyelamat nahas helikopter terhempas di Cameron Highlands
Anggaran Waktu Membaca:

Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri di sidang media pada 26 Oktober 2022. (Gambar: Bernama)
CAMERON HIGHLANDS: Tindakan pantas juruterbang Kapten Fedzrol Norazam, yang menghubungi rakannya untuk memberitahu bahawa helikopter dibawanya terhempas, membolehkan pihak berkuasa menjalankan operasi mencari dan menyelamat dengan pantas.
Encik Fedzrol, 43 tahun, merupakan juruterbang yang mengemudi helikopter yang terhempas di Hutan Simpan Bukit Kinta. Ketika insiden berlaku, helikopter tersebut membawa lima anggota pasukan perubatan dan dalam perjalanan pulang dari Gua Musang, Kelantan, ke Ulu Kinta, Ipoh.

Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri berkata melalui maklumat awal yang diperoleh pihaknya, juruterbang berkenaan menghubungi rakannya di Ipoh yang kemudian melaporkan perkara itu kepada Jabatan Penerbangan Awam (CAAM).
“Berikutan itu, kita telah mendapat maklumat mengenai kedudukan helikopter berkenaan dan operasi mencari dan menyelamat mangsa, berusia dalam lingkungan 31 hingga 48 tahun, dapat dijalankan dengan kadar segera,” katanya semasa sidang media di Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands pada Rabu malam (26 Okt).
Turut hadir ialah Pegawai Daerah Cameron Highlands Syed Ahmad Khirulanwar Al Yahya Syed Abdul Rahman.
Encik Mohd Yusri berkata ketika pasukan penyelamat tiba di lokasi nahas, semua mangsa berjaya keluar daripada helikopter dan berada di tempat yang selamat.
“Dua penumpang mengalami kecederaan yang agak teruk, seorang jururawat patah kaki dan seorang cedera di bahagian lutut. Semua mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom (di Cameron Highlands) dan sedang menerima rawatan di wad kecemasan,” katanya.
Encik Mohd Yusri berkata operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada pukul 9.00 malam selepas mangsa terakhir dibawa ke hospital.
Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, helikopter berkenaan berada pada laluannya ketika kejadian bagaimanapun menghadapi cuaca buruk seperti hujan dan berkabus.
“Siasatan lanjut mengenai insiden ini dan kerja-kerja mengeluarkan bangkai pesawat akan dijalankan CAAM (Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia),” katanya.
Sebelum ini, CAAM mengesahkan pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan udara, membabitkan sebuah helikopter jenis Airbus AS 355 F2 dengan nombor pendaftaran 9M-SSW di Cameron Highlands pada 1.03 tengah hari.
Helikopter berkenaan dikendalikan oleh Layang Layang Aerospace Sdn Bhd.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.