Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tindakan melampau segelintir umat Islam cetus sentimen Islamofobia, kata Dr Mahathir

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Tindakan radikal segelintir umat Islam seperti melakukan keganasan yang menyimpang daripada ajaran Islam sebenar menjadi antara penyumbang kepada sentimen Islamofobia di seluruh dunia.

Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Dr Mahathir Mohamad berkata sesetengah umat Islam sudah menyimpang daripada ajaran Islam sehingga membawa imej dan persepsi negatif kepada agama.

Mantan Perdana Menteri Malaysia itu berkata ia berpunca daripada sifat individu berkenaan melakukan sesuatu dengan tidak berlandaskan syariat Islam.

“Ada yang lari daripada agama, buat benda-benda yang tak disuruh agama, lakukan keganasan, ini bukan cara kita, bukan ajaran Islam."

“Malah ada juga kes umat Islam itu sendiri berpecah-pecah, di satu tempat ada terbahagi dua, ini tidak patuh pada ajaran agama,” katanya ketika ditemui wartawan selepas merasmikan Persidangan Dakwah Kebangsaan anjuran Perkim di Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur pada Jumaat (17 Feb).

Dr Mahathir berkata pada asasnya, Islam merupakan agama keamanan serta menggalakkan umatnya agar cintakan kedamaian.

“Sebab itu setiap kali kita jumpa orang pun, kita ucapkan ‘peace be upon you’ (Assalamualaikum/selamat sejahtera ke atas kamu), ini cara kita yang sebetulnya, kita tidak boleh lari,” katanya.

Beliau berkata umat Islam perlu menonjolkan diri sebagai golongan yang bertamadun selain menghormati kepercayaan orang lain.

“Jangan kita. Itu contoh tidak menghormati kepercayaan orang lain (tindakan bakar Al Quran oleh ahli politik di Sweden) dan tindakan golongan yang tidak bertamadun malah sengaja mahu bermusuh,” tambahnya.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan