Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tindakan Israel terhadap Palestin ibarat 'penjara terbuka di bumi Gaza'

Anggaran Waktu Membaca:
Tindakan Israel terhadap Palestin ibarat 'penjara terbuka di bumi Gaza'

Penyokong Hamas dan pergerakan Jihad berarak setelah habis solat Jumaat di Gaza pada 15 Apr 2022, susuli pertempuran di pekarangan Masjid Al-Aqsa. (Gambar: Mohammed Abed/AFP)

MOSCOW: Kementerian Luar Rusia pada Jumaat (15 Apr) menyelar tindakan Israel terhadap Palestin sambil menyifatkan Tel Aviv mengubah Gaza menjadi "penjara di bawah langit terbuka," lapor Agensi Anadolu.

Mengulas mengenai kenyataan menteri luar Israel menyokong penggantungan keahlian Rusia dalam Majlis Hak Asasi Manusia (UNHRC) PBB, kementerian luar mendakwa Israel menggunakan situasi di Ukraine bagi mengalih perhatian dunia mengenai isu Palestin.

"Seperti diketahui umum, setelah pelbagai pelanggaran dibuat terhadap keputusan Majlis Keselamatan (PBB) dan Perhimpunan Agung PBB, rejim Israel masih meneruskan pendudukan haram dan 'pengilhakan' di wilayah Palestin, mengakibatkan lebih 2.5 juta rakyat Palestin di Tebing Barat Sungai Jordan diusir ke kawasan terpencil dan terputus dari dunia luar.

“Semenanjung Gaza pada dasarnya telah menjadi ‘penjara terbuka,’ hingga memaksa dua juta rakyatnya bertahan di bawah sekatan laut, udara dan darat Israel hampir 14 tahun,” menurut kementerian itu.

Sekurang-kurangnya 153 rakyat Palestin cedera dalam pertempuran dengan tentera Israel di pekarangan Masjid Al-Aqsa pada Jumaat, menurut Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin.

Ketegangan antara Israel dengan Palestin memuncak di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur sejak tiga minggu lalu berikutan sambutan Hari Easter yang bertindih dengan Ramadan.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan