Tindakan Israel langgar undang-undang antarabangsa: Ketua Dasar Asing EU
Anggaran Waktu Membaca:
BRUSSELS: Ketua Dasar Asing Kesatuan Eropah (EU) Josep Borrell pada Selasa (10 Okt) menuduh pemerintah Israel melanggar undang-undang antarabangsa dengan mengenakan sekatan penuh ke atas Gaza sebagai tindak balas terhadap serangan Hamas.
Selepas mesyuarat tergempar diadakan untuk membincangkan kesan-kesan serangan tersebut, Encik Borrell juga berkata "sebahagian besar" menteri ehwal luar EU menyokong langkah untuk terus menyalurkan dana bantuan kepada Penguasa Palestin, yang memerintah Tebing Barat.
Encik Borrell membuat kenyataan tersebut sehari selepas Pesuruhjaya Eropah Oliver Varhelyi, seorang diplomat Hungary, berkata semua bantuan pembangunan EU untuk Palestin digantung.
Namun pengumuman dihentam oleh Suruhanjaya tersebut menyusuli kritikan hebat yang diterima daripada pemerintah-pemerintah EU.
Encik Borrell turut mengundang para menteri luar Palestin dan Israel untuk menyertai mesyuarat yang diadakan di Muscat, Oman itu menerusi persidangan video.
Namun Menteri Ehwal Luar Israel Eli Cohen enggan menyertai mesyuarat yang juga dihadiri Menteri Penguasa Palestin Riyad al-Maliki. Maka kedua-duanya tidak ikut serta, menurut para pegawai.
Encik Borrell mengulangi kritikan EU terhadap serangan-serangan oleh Hamas, yang mengorbankan lebih 1,000 warga Israel, yang kebanyakannya orang biasa.
Sekalipun demikian, beliau berkata respons Israel - yang sudah membunuh sekurang-kurangnya 770 penduduk Gaza, menurut pegawai tempatan, harus sejajar dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan bahawa keputusan untuk mengenakan sekatan penuh ke atas Gaza melanggar piawaian tersebut.
"Israel berhak mempertahankan dirinya tetapi ia harus dilakukan mengikut undang-undang antarabangsa, undang-undang kemanusiaan dan beberapa keputusan yang dibuat melanggar undang-undang antarabangsa," beliau memberitahu para wartawan selepas mesyuarat tersebut.
Encik Borrell berkata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sudah menekankan bahawa tindakan "menyekat air, elektrik, makanan ke atas orang-orang awam menyalahi undang-undang antarabangsa".
Israel mengkritik kenyataan PPB itu, dengan menuduh ketua badan hak asasi kemanusiaan dunia berkenaan kerana gagal mengutuk Hamas sebagai pengganas.
Encik Borrell kemudian menegaskan bahawa EU tidak bekerjasama dengan Hamas, yang memerintah Gaza dan Hamas diklasifikasikan oleh EU sebagai pertubuhan pengganas. Namun menurut beliau, penting untuk EU terus memberikan bantuan kepada warga Palestin menerusi Penguasa Palestin.
"Hukuman menyeluruh ke atas semua warga Palestin tidak adil dan tidak mendatangkan apa-apa hasil," tegas Encik Borrell.
PENYEDIA BANTUAN
EU menyatakan pihaknya merupakan penyedia terbesar bantuan kepada warga Palestin.
Tahun lalu, EU menyalurkan sekitar €283 million (S$408.50 juta) untuk menyokong Penguasa Palestin dan agensi utama PBB bagi pelarian Palestin dan projek-projek lain, menurut Suruhanjaya Eropah.
Sungguhpun demikian, EU sudah begitu lama berdepan perpecahan dan tiada kata sepakat berhubung konflik Israel-Palestin, seperti yang dapat dilihat umum mengenai kutukan terhadap pengumuman penggantungan bantuan oleh Encik Varhelyi, yang pemerintah negaranya merupakan sekutu Israel.
Seorang jurucakap Suruhanjaya Eropah pada Selasa berkata Encik Varhelyi tidak berunding dengan rakan-rakan pesuruhjaya, termasuk Presiden Suruhanjaya Ursula von der Leyen.
Beberapa pemerintah EU secara terbuka mengutuk pengumuman tersebut dan ramai yang lain melakukan demikian secara senyap, menurut para diplomat.
Suruhanjaya itu kemudian menyatakan ia akan menyemak semula bantuan demi memastikan tiada dana akan disalurkan kepada pengganas tetapi dana akan terus disalurkan buat masa ini.
Pemangku Menteri Ehwal Luar Sepanyol Jose Manuel Albares pula berkata wilayah-wilayah Palestin berkemungkinan memerlukan lebih banyak bantuan selepas serangan Hamas dan pengeboman Israel ke atas Carikan Gaza.

Sumber : CNA/NK/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.