Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tindakan akan diambil terhadap penyebar maklumat palsu isu sempadan Pulau Pinang-Kedah

Anggaran Waktu Membaca:
TASEK GELUGOR: Tindakan akan diambil ke atas mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat palsu berkenaan isu sempadan Pulau Pinang dan Kedah.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata semua pihak wajib akur dengan kedudukan negeri Pulau Pinang seperti mana termaktub dalam Perlembagaan.

"Saya difahamkan ada laporan polis telah dibuat, saya serah kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan dan juga mengambil apa-apa tindakan yang patut."

"Polis bebas menyiasat di bawah mana-mana Akta, (manakala) Peguam Negara pula boleh memutuskan sekiranya akan membuat pendakwaan mengikut undang-undang yang dirasakan sesuai," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Prapelancaran Komuniti Madani di Tasek Gelugor pada Sabtu (3 Jun).

Pada masa yang sama, beliau menegaskan bahawa tidak ada syak wasangka atau waswas mengenai perkara itu kerana di dalam perlembagaan memang jelas disebut 'Negeri Pulau Pinang'.

Tambahnya, jika ada mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan dan menyebarkan maklumat palsu, maka pihak berkuasa akan mengambil tindakan untuk menyiasat bagi mengekang maklumat-maklumat palsu daripada tersebar.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Noor beberapa hari lalu berkaitan dengan Pulau Pinang dan Kedah.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan