Tindakan 2 wanita langkah kubur di Malaysia dirujuk kepada JAKIM, Jabatan Mufti
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Tangkapan skrin daripada media sosial
KOTA BHARU: Tindakan dua wanita melangkah kubur yang tular di media sosial akan dirujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Mufti.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan berkata ini kerana perkara tersebut berhubung kait dengan aspek hukum selain bagi meredakan perselisihan faham yang berlaku dalam kalangan masyarakat.
"Sekiranya masyarakat merujuk pihak agensi agama sebelum membuat apa-apa tindakan yang membabitkan sensitiviti agama, pihak jabatan akan terus memberi nasihat dan panduan kepada mereka untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
"Pencipta kandungan diingatkan agar menjaga keharmonian agama untuk memastikan bahan kandungan yang dimuat naik ke media sosial adalah berdasarkan nas yang sahih dan amalan yang dibenarkan Islam," katanya.
Beliau berkata demikian kepada para wartawan selepas menghadiri Program Bicara Eksklusif Bersama Penjawat Awam Persekutuan Kelantan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) pada Ahad (26 Mei).
Pada Sabtu, tular video selama 37 saat memaparkan tindakan dua wanita melangkah kubur sehingga mengundang kemarahan netizen yang menyifatkan perbuatan itu melampaui batas dan tidak menghormati agama serta waris si mati.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.