Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Timur India dilanda banjir sedang kes jangkitan COVID-19 melonjak

Banjir musim tengkujuh melanda sebahagian besar negeri-negeri timur India yang padat dengan penduduk, memaksa lebih sejuta orang berpindah ke tempat perlindungan sementara meskipun terdapat risiko penularan COVID-19, kata para pegawai kanan pada Khamis (16 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Timur India dilanda banjir sedang kes jangkitan COVID-19 melonjak

Penduduk menaiki sampan untuk rentasi banjir di Assam, India (Gambar: AFP/Biju BORO)

Diterbitkan : 16 Jul 2020 06:02PM Dikemas Kini : 16 Jul 2020 06:08PM

GUWAHATI: Banjir musim tengkujuh melanda sebahagian besar negeri-negeri timur India yang padat dengan penduduk, memaksa lebih sejuta orang berpindah ke tempat perlindungan sementara meskipun terdapat risiko penularan COVID-19, kata para pegawai kanan pada Khamis (16 Jul).

Musim hujan lebat sangat penting untuk pertanian di Asia Selatan, namun tahun ini India juga dicengkam virus, yang telah menjangkiti 968,875 orang dan meragut 24,915 nyawa, menurut pihak berkuasa kesihatan.

Banjir telah mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang dan mencederakan lebih 70 di negeri Assam, Bihar dan Jharkhand, di mana hujan lebat telah menenggelamkan ribuan kampung dalam tempoh 24 jam lalu sedang pihak berkuasa menghadapi cabaran untuk memastikan jarak sosial di kem-kem perlindungan.

"Kami mengalami banjir yang membawa maut dan pada masa yang sama kami memerangi wabak yang sedang menular ke semua tempat," kata menteri kesihatan Assam, Hemant Biswa Sarma, kepada Reuters.

Ketika perhatian dunia tertumpu pada krisis di Amerika Syarikat dan Amerika Selatan, tragedi kemanusiaan semakin meluas di Asia Selatan, kata Encik John Fleming dari Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.

"COVID-19 menular dengan pesat di Asia Selatan, yang didiami suku umat manusia," kata Encik Fleming, ketua kesihatan kumpulan itu di rantau Asia-Pasifik.

"India sahaja hampir mencatat 1 juta jangkitan dalam masa beberapa hari akan datang."

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan