Skip to main content

Dunia

Timor Leste tidak akan sertai ASEAN sebelum krisis di Myanmar diselesaikan

Anggaran Waktu Membaca:
Timor Leste tidak akan sertai ASEAN sebelum  krisis di Myanmar diselesaikan

(Gambar: AFP/Valentino Dariell De Sousa)

JAKARTA: Timor Leste umum tidak akan sertai ASEAN sebelum badan serantau itu menyelesaikan krisis di Myanmar.

Menurut Perdana Menterinya, Xanana Gusmao, perkara itu dipersetujui bersama Presiden Jose Ramos Horta, lapor Astro Awani.

"Pendirian Timur Leste adalah sama dengan pendirian PBB. Ia kekal tidak berubah. Kami akan menentukan masa untuk menyertai ASEAN.

"Sebagai Perdana Menteri, saya isytiharkan, oleh kerana ASEAN tidak dapat menyelesaikan isu junta tentera di Myanmar, kami tidak akan mempercayai ASEAN," katanya.


Encik Gusmao berkata demikian selepas mengadakan satu perjumpaan dengan Presiden Ramos Horta yang sebelum ini berharap untuk menyertai ASEAN pada 2025.

ASEAN secara prinsipnya setuju negara itu menyertainya, selepas sedekad ia memohon keanggotaan.


ASEAN, blok 10 negara termasuk Myanmar, sehingga kini gagal memujuk junta menguatkuasakan pelan damai lima perkara yang dipersetujui selepas rampasan kuasa pada 2021, seperti dinukil laporan Astro Awani.

Susulan itu, pemimpin Myanmar tidak dijemput menghadiri mesyuarat ASEAN.

Isu pelan damai Myanmar juga jadi satu ujian besar kepada perpaduan ASEAN.

Sumber : Agensi berita/AA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita