Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Timbul semula dakwaan palsu Starbucks 'tidak halal' di M'sia

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Hantaran Facebook yang pernah diedar beberapa tahun yang lalu telah dikongsi semula oleh seorang pengguna media sosial yang mendakwa seorang pendakwah Islam Malaysia telah mengatakan bahawa bahan-bahan yang digunakan oleh Starbucks adalah haram seperti babi.

Menurut Malaysiakini, dakwaan palsu itu dihantar pada tahun 2007 dan dikongsi semula pada 31 Disember 2022 dengan gambar Ustaz Zahazan Mohamed sebagai jaminan bahawa kenyataan tersebut adalah dari Ustaz Zahazan sendiri.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan bahawa Starbucks Malaysia sama sekali tidak menjual produk yang mengandungi unsur babi dan merupakan pemegang sijil halal rasmi.

Jurucakap Starbucks Malaysia juga memberitahu bahawa produk yang digunakan oleh Starbucks Malaysia adalah produk yang disemak oleh JAKIM.

Ustaz Zahazan Mohamed juga mengesahkan bahawa dakwaan palsu itu bukanlah dari kenyataan beliau dan meminta para pengguna media sosial yang lain supaya berhenti berkongsi hantaran tersebut.

Hantaran tersebut dikongsi semula oleh salah seorang pengguna media sosial dengan kapsyen “Share2.. Ramai sgt yang terjebak dengan tempat ni.. Asal ada tempat viral je serbu.. halal haram tolak dh tepi..”.

Starbucks Malaysia memperoleh sijil halal rasmi daripada JAKIM dan sangat menitikberatkan kualiti produknya.

Kenyataan dan dakwaan palsu seperti ini bukanlah perkara yang baru, jenama seperti Coca-Cola, Cadbury dan Ajinomoto juga pernah menjadi mangsa dakwaan palsu seperti ini sehingga mengganggu operasi perniagaan mereka.

Pembaca dan pengguna media sosial perlu lebih peka, berhati-hati dan bertanggungjawab dalam berkongsi sebarang hantaran.

Dapatkan pengesahan dahulu sebelum berkongsi dengan pihak lain supaya tiada sebarang salah faham atau ketidakadilan berlaku.
Sumber : Sumber Web/ZM/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan