Timbalan Presiden UMNO sangkal dakwaan 2 juta ahli tinggalkan parti
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Bernama
KUALA TERENGGANU: Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan menyangkal dakwaan Annuar Musa mengenai dua juta penyokong UMNO meninggalkan parti itu.
Beliau turut mengingatkan Encik Annuar yang juga bekas Ketua Penerangan UMNO agar berwaspada dalam mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai UMNO meskipun mempunyai hak berbuat demikian.
"Saya tak tahu dari mana dia dapat angka tersebut. Kalau setakat mendakwa saya pun boleh kata ada dua juta orang yang masuk jadi ahli UMNO. Maka, terpulanglah, kalau syok sangat pun, janganlah sampai begitu sekali, orang boleh fikir.
"Itu berbahaya... (tapi) dia boleh cakap apa sahaja. Memang ada yang keluar, ada mengikut (Annuar) dan ada kecewa (dengan kerjasama Barisan Nasional-Pakatan Harapan) tapi tidaklah sebesar itu jumlahnya. Biarlah orang kata berwaspada dan munasabah," kata Encik Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional.
Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas menghadiri majlis makan malam anjuran Badan Perhubungan UMNO Terengganu pada malam Isnin (12 Jun).
Encik Annuar yang kini menyertai PAS ketika berucap pada Ceramah Perdana Gelombang Kebangkitan Rakyat Perikatan Nasional (PN) di Senawang, Negeri Sembilan mendakwa UMNO kehilangan lebih dua juta penyokong sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 lagi.
Sementara itu, ditanya mengenai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri tidak lama lagi, Encik Mohamad yakin kemenangan di negeri-negeri di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan mampu dipertahankan.
"Isunya sekarang ialah nak pastikan supaya Barisan Nasional dapat bertapak semula dan juga kalau boleh di negeri macam Terengganu dan Kedah.
"Dengan syarat kita kerja kuat, kita tak bertelingkah antara satu sama lain dan masuk PRN dengan strategi tepat... pilih calon yang boleh menangkan kita dan letak calon yang tak dapat dipersoalkan kredibilitinya," katanya.
Enam negeri yang akan berdepan dengan PRN ialah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.