Timbalan PM Pakistan dakwa penyokong Imran Khan cetus kekacauan di Islamabad
Anggaran Waktu Membaca:
ISLAMABAD: Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Pakistan Ishaq Dar, pada Sabtu (30 Nov) mendakwa penyokong mantan perdana menteri yang dipenjarakan, Imran Khan, cuba mencetuskan kekacauan di ibu negara.
Encik Dar juga memuji pihak penguat kuasa undang-undang kerana berjaya menggagalkan tunjuk perasaan di zon keselamatan sensitif Islamabad.
Pemimpin parti Encik Imran mendakwa tindakan keras dan kekejaman dilakukan oleh pasukan keselamatan terhadap penunjuk perasaan yang merempuh sekatan jalan untuk memasuki D-Chowk, sebuah dataran yang menjadi pintu masuk ke kawasan berkeselamatan tinggi yang menempatkan bangunan penting kerajaan termasuk Parlimen dan Pejabat Perdana Menteri.
“Kisah mengenai luka tembakan dan dakwaan tembakan rambang oleh pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang adalah fitnah dan sama sekali tidak benar,” kata Encik Dar dalam satu catatan di media sosial.
“Penunjuk perasaan yang kononnya aman itu datang dengan bersenjata berat dan membawa kanister gas pemedih mata,” katanya.
Antara yang mengetuai penunjuk perasaan ialah Ketua Menteri Wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Ali Amin Gandapur dan isteri Encik Imran, Bushra Bibi.
Mantan perdana menteri Pakistan yang sedang menghadapi pelbagai tuduhan jenayah termasuk rasuah dan keganasan itu menyeru perhimpunan besar-besaran di Islamabad sebagai "panggilan terakhir" untuk mendesak pembebasannya selepas lebih setahun dipenjara.
“Mereka bertekad untuk mencetuskan kekacauan dan sanggup membunuh. Pasukan keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang kami menunjukkan kesabaran maksimum walaupun ada dalam kalangan mereka yang maut,” kata Encik Dar.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.