Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Timbalan PM M'sia Ahmad Zahid mula tugas secara rasmi di Perdana Putra

Anggaran Waktu Membaca:

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Malaysia Ahmad Zahid Hamidi memulakan tugas secara rasmi di Perdana Putra di Putrajaya pada Isnin (5 Dis). 

Encik Ahmad Zahid, yang mengenakan sut serba hitam, disambut Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali sebaik tiba di pekarangan Kompleks Perdana Putra pada pukul 8.00 pagi.

Beliau kemudiannya mengimbas kad perakam waktu di pejabatnya di Aras 4 sebelum mengaminkan doa yang dipimpin oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri Kamruzaman Abdul Aziz.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu kemudian memasuki pejabatnya serta menandatangani Buku Selamat Datang. 

Ahmad Zahid, 69 tahun, diumumkan sebagai Timbalan Perdana Menteri serta memegang portfolio Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Jumaat lalu (2 Dis).

Pada Sabtu lalu (3 Dis), Encik Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), antara 27 jemaah Kabinet mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Encik Ahmad Zahid juga dijadual menghadiri mesyuarat khas jemaah menteri yang pertama dipengerusikan oleh Perdana Menteri pada Isnin (5 Dis). 

Perdana Putra menempatkan pejabat-pejabat utama dalam pentabiran negara seperti Pejabat Perdana Menteri, Pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Pejabat Ketua Setiausaha Negara.

Sumber : Bernama/NY/NY
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan