Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Timbalan Pengerusi BN bertegas tidak akan ambil mudah PRN

Anggaran Waktu Membaca:
SEREMBAN: Barisan Nasional (BN) tidak akan mengambil mudah Pilihan Raya Negeri (PRN) termasuk di tiga negeri dikuasai Kerajaan Perpaduan sendiri, kata Timbalan Pengerusinya Mohamad Hasan.

Beliau yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya BN berkata tumpuan penuh akan diberikan kepada kesemua enam negeri yang terlibat terutama dari segi kesiapsiagaan jentera parti.

“Tak boleh kata kita, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang (dikuasai Kerajaan Perpaduan) kita ada kelebihan, tidak ada perkara seperti itu, sebab pilihan raya sama macam main bola juga,” katanya kepada kepada para wartawan selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Ja’afar pada Sabtu (13 Mei).

Selain Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang, tiga negeri lain yang akan berhadapan PRN ialah Kelantan, Terengganu dan Kedah yang dikuasai pembangkang.

Encik Mohamad berkata BN dan Pakatan Harapan (PH) akan bertanding di kesemua kerusi yang dipertandingkan namun setakat ini rundingan pembahagian kerusi antara kedua-duanya belum lagi dimuktamadkan.

“Rundingan calon (nama calon) elok buat kemudian...biar kita mantapkan jentera dulu, bila dah bersedia maka pemimpin parti akan rundingkan pembahagian kerusi dan mencalonkan calon yang mesti menang,” katanya.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan